skip to Main Content

DIJANGKA HAID KETIKA TUNAI UMRAH

Soalan

Saya akan menunaikan umrah tidak lama lagi. Setelah dikira, haid saya datang pada hari pertama penerbangan. Ini bermakna, sepanjang di Tanah Haram, saya tidak berada dalam keadaan suci. Apakah amalan dan nasihat ustaz? Nak ubah tarikh tidak boleh.

AL-KAFI #903: DIJANGKA DATANG HAID KETIKA MENGERJAKAN UMRAH NANTI

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Ibadah haji dan umrah ialah ibadah yang wajib dikerjakan sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan. Allah SWT berfirman:

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ

Maksudnya: “Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.” (Surah al-Baqarah: 196)

Menjawab persoalan di atas, kami mengesyorkan untuk berbincang semula dengan pihak agensi pengelola umrah. Mungkin perlu buat sedikit tambahan bayaran, kemudian ubahlah tarikh ke tarikh lain yang bersesuaian.

Hal ini kerana matlamat kita adalah untuk pergi melakukan umrah. Tiba-tiba apabila pergi ke sana, tidak dapat pula untuk membuat umrah. Ini melainkan apabila tiba di sana baru disedari bahawa datang haid. Akan tetapi, dalam keadaan seperti ini, lebih baik kita tukar awal-awal dan pilih tarikh yang bersesuaian.

Di sana terdapat juga pandangan-pandangan untuk mengatasinya seperti mengambil pil dan seumpamanya. Walaubagaimanapun, ini perlu kepada nasihat doktor yang pakar dan yang faham dengan sebaik-baiknya.

Sila baca juga artikel kami berkaitan isu ini dalam siri berikut:

  • Al-Kafi #894: Tompokan Darah Kurang daripada 24 Jam Sewaktu Umrah[1]Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-255: Hukum Umrah Berulang Kali Dalam Satu Perjalanan[2]

  • Semoga Allah mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita. Amin.

Nota Hujung:

[1] Lihat http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2759-al-kafi-894-tompokan-darah-kurang-daripada-24-jam-sewaktu-umrah?highlight=WyJ1bXJhaCJd

[2] Lihat http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2668-irsyad-al-fatwa-siri-ke-255-hukum-umrah-berulang-kali-dalam-satu-perjalanan?highlight=WyJ1bXJhaCJd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top