skip to Main Content

KESALAHAN IHRAM & DAM

DAM dalam ibadah haji dan umrah dari segi bahasa bermaksud darah manakala dari segi istilah pula bermaksud ibadah gantian yang merupakan binatang al-An’am disembelih seperti unta, lembu, kambing/ kibas atau gantinya daripada makanan di Tanah Haram atau puasa dikenakan ke atas mereka yang menunaikan haji atau umrah di atas sebab-sebab yang tertentu.

Dam boleh di kategorikan kepada dua bahagian utama, iaitu sebab-sebab diwajibkan dan jenis-jenisnya.

Tujuh sebab di wajibkan Dam:

1. Melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa berihram (larangan dalam ihram)

2. Meninggalkan wajib haji dan umrah

3. Melaksanakan Haji Tamattu’ atau Qiran (menurut syarat-syarat tertentu)

4. Luput Wuquf di Arafah setelah berniat ihram

5. Meninggalkan Tawaf Wada’ tanpa uzur syarie

6. Berlaku ihsar bagi mereka yang telah berniat ihram

7. Melanggar nazar semasa mengerjakan haji dan umrah

2) Jenis-jenis Dam:

1. Dam Tertib dan Taqdir

2. Dam Tertib dan Ta’dil

3. Dam Takhyir dan Taqdir

4. Dam Takhyir dan Ta’dil

Kesalahan dan Bayaran Dam

  • · Tidak berihram di miqat :

Menyembelih seekor kambing Sekiranya tidak mampu berpuasa 10 hari , 3 hari di Mekah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing. (Dam Tertib Takdir)

· Tertahan atau terkandas tidak dapat masuk ke Mekah setelah berniat Ihram

Menyembelih seekor kambing dan bercukur. Sekiranya tidak mampu membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukur Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan kepada fakir miskin Sekira tidak mampu, berpuasalah selama sepuluh hari, tiga hari dalam masa Haji dan tujuh hari lagi setelah balik ke kampung halamannya. (Dam Tertib Takdil)

  • · Melakukan persetubuhan

Menyembelih seekor unta sekiranya tidak mampu menyembelih 7 ekor kambing Sekiranya tidak mampu, beli makanan dengan nilai harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin. Sekiranya tidak mampu, berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta. (Dam Tertib Takdil)

  • · Memotong atau mencabut bulu pada mana-mana bahagian tubuh.

  • · Memakai minyak pada rambut, janggut atau misai.

  • · Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki

  • · Memakai bau-bauan.

  • · Memotong kuku.

  • Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin atau bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin atau berpuasa selama 3 hari (Dam Takhyir Taqdir)

  • · Berburu binatang darat yang boleh dimakan atau mengusirnya.

  • · Menebang, memotong, atau mencabut pohon di Tanah Haram yang tumbuh sendiri.

Menyembelih binatang yang sama nilainya dengan binatang yang diburu ataupun pokok yang ditebangnya atau membeli makanan dengan nilai harga binatang yang patut disembelih dan disedekahkan kepada fakir miskin atau berpuasa mengikut bilangan hari yang dikira mengikut jumlah bilangan cupak bahan makanan yang dapat dibeli dengan nilaian harga binatang yang patut disembelih itu (Dam Takhyir Takdil)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top