skip to Main Content
Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki,
Pengarah Eksekutif

Graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) IRKHS Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1995 dan Sarjana Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM) 1998.

Bekas guru di Sek Men. Agama Hishamuddin Klang, bekas pensyarah di Pusat Asasi (UIAM) berkhidmat selama 13 tahun, Pengamal bertauliah Neuro-Linguistic programing (NLP), Penceramah bertauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), turut mewarnai pengajian-pengajian di masjid-masjid dan institusi-institusi kerajaan dan swasta.

Penampilan di media massa boleh ditonton di TV Al-Hijrah, TV1, TV3,  TV9, Astro Oasis, Turut bersiaran di Radio IKIM, Radio Bernama dan Sinar FM, National FM dan Klasik FM

Tanyalah Ustazah
Ustazah Isfadiah Website pic
2793f4_f1ac4d51acc243b6a2e1f76e04732bcb-mv2_d_4800_6000_s_4_2
Ustaz Muhidin Mokter,
Pengarah Urusan

Mendapat asas pendidikan Islam di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan (1986-1990), Jamiah Darul Ulum Karachi, Pakistan (1991-1993), Graduan sarjana muda  Syariah Universiti al-Azhar Mesir (1993-1997) dan sarjana Syariah (UKM) 2002.

Bekas guru agama Sek. Men. Agama Hishamuddin Klang, Bekas pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 1997-2013 (16 Tahun). Pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan, Timbalan Dekan dan Timbalan Pengarah, Perunding motivasi bertauliah PSMB. 

Penampilan di media massa seperti Tanyalah Ustaz TV9, Kilinik D’ Hijrah TV Hijrah juga turut bersiaran di radio IKIM, radio Bernama dan Suria FM

Tanyalah Ustaz
Back To Top